FLOWERS

FLOWERS
HYDRANGEAS

Friday 25 February 2011

TAJUK:

 Pengislaman Muhammad Adam Chew Bin Abdullah


DISEDIAKAN UNTUK:

Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Pensyarah  CTU 151


DISEDIAKAN OLEH:

Nur Hanani Bt Badrul Ngai Aisam
No Matrik :2010645338
Kumpulan:BMD2Ac


PROGAM:

Diploma Pengajian Perniagaan
BM111


TARIKH HANTAR:

1/3/2011


=================================================================
ISI KANDUNGAN
=================================================================




1. ABSTRAK

2. PENDAHULUAN

3. KISAH KEHIDUPAN

4. HURAIAN

5.HARAPAN 

6. PENUTUP

7. RUJUKAN






================================================================
ABSTRAK
================================================================


TAJUK:

Mualaf
Pengislaman Muhammad Adam Chew Bin Abdullah

        Islam merupakan agama langit yang mengesakan ALLAH sebagai pencipta yang azali.Sebagai umat islam,kita wajib mentauhidkan ALLAH sebagai pencipta dengan mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar dan nilai-nilai lain dalam kehidupan kita.Umat islam patut bersyukur kerana telah dilahirkan dalam islam namun demikian masih ada ramai lagi dari kalangan manusia yang menganut agama lain seperti agama ciptaan manusia ;buddha,hindu,kristian dan lain lain lagi.Namun demikian ,rahmat dan kasih sayang ALLAH terhadap hambaNYA adalah sangat luas ,sehingga dapat membuka pintu hati mereka yang sesat dari jalanNYA selama ini untuk menganuti agama islam dan membudayakan ajaran islam dalam kehidupan mereka .Begitulah uniknya ajaran agama islam dan hebatnya kekuasaan ALLAH.ALLAH akan sentiasa memberi hidayah dan petunjuknya kepada sesiapa yang dikehendakinya supaya tidak terus tersesat dalam kehidupan mereka.Bagi umat islam,kedatangan saudara baru dalam islam amatlah dialu-alukan dan diharapkan kerana dapat meramaikan lagi anak Nabi Adam A.S. selain dapat melahirkan rasa kesyukuran kepada umat islam kerana islam mempunyai ramai saudara baru yang sedang berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH.Islam merupakan agama yang syumul ,universal dan sesuai dengan fitrah manusia di mana islam tidak memaksa mana-mana penganut agama lain  untuk menganuti islam sebaliknya sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara baru dari semasa ke semasa untuk menyedari dan menghayati keesaan dan kekuasaan ALLAH sebagai pencipta yang azali.



==============================================================
PENDAHULUAN
==============================================================



 Segala pujian bagi ALLAH ,pencipta sekalian alam yang menjadikan segala yang ada di langit dan  di bumi.Sesungguhnya kalam ALLAH itu sangat luas.Hanya ALLAH yang mengetahui setiap sesuatu yang berlaku sama ada di langit mahupun di bumi.Sifat pemurah dan penyayang ALLAH tidak terbatas terhadap makhluknya walaupun nikmat  kurniaanNYA yang dikurniakan kepada setiap makhluk itu disalahgunakan,ALLAH akan sentiasa memberi rahmatnya tanpa batasan.


Bagi insan yang telah dilahirkan dalam islam dan bergelar muslim ,pelbagai kenikmatan yang telah ALLAH berikan padanya misalnya nikmat  kemanisan iman dan islam. Begitulah juga dengan nikmat kecerdasan akal fikiran dan kesihatn tubuh badan.ALLAH telah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi dan memperhambakan diri untuk beribadat kepada ALLAH.Sebagai muslim,kita hendaklah berusaha untuk menjaga nikmat islam yang kita miliki dengan sentiasa beriman kepada ALLAH serta mengamalkan ajaran Al-Quran dan As Sunnah  agar kita akan mendapat rahmat dan petunjuk ALLAH dalam kehidupun seharian kita agar melayakkan diri kita untuk menjadi penghuni syurga.


Namun demikian,bukan semua insan di dunia ini dilahirkan dalam keadaan muslim kerana kebanyakan mereka dilahirkan dalam menganuti agama-agama lain yang tidak mentauhidkan ALLAH sebagai pencipta.Rahmat dan kasih sayang ALLAH sangat banyak terhadap hamba-hambanya,ALLAH akan sentiasa memberi hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya untuk kembali mentauhidkannya dalam kehidupan mereka.Ini telah menyebabkan pintu hati saudara baru islam terbuka untuk menganuti islam.


Sebagai muslim,saya telah tertarik untuk menulis tentang kehidupan saudara baru islam dalam kerja kursus ctu kali ini.Saya telah berpeluang untuk menemu bual salah seorang daripada saudara  baru islamdan telah mendapat sedikit info untuk dikongsikan bersama.Saya juga telah menyedari keesaan dan kekuasaan ALLAH terhadap hambanya. Skop penulisan saya adalah merangkumi segala perubahan yang dialami beliau setelah memeluk islam.Sebagai saudara baru islam beliau sentiasa berharap kehadiran beliau akan diterima oleh umat islam dan mendapat bimbingan dari umat islam untuk mencari keredaan ALLAH.

Kesimpulannya,islam adalah agama yang syumul dan universal.Keindahan islam terdapat pada keindahan akhlak Rasullulah yang dapat digambarkan sebagai akhlak al-quran.Saya berharap lebih ramai lagi yang akan menjadi saudara baru dalam islamdan semoga kehadiran mereka akan mendapat penerimaan saudara seagama yang lain agar mereka akan terus mengamalkan islam dalam kehidupan mereka.Islam itu sangat indah dan menarik kerana islam adalah agama fitrah manusia





===============================================================
KISAH KEHIDUPAN
===============================================================



Islam merupakan agama universal yang syumul dan sesuai dengan fitrah manusia.Muslim ialah insan yang dilahirkan dalam islam yang mengakui perbuatan ,perkataan dan segala tingkah laku baginda Rasullulah S.A.W. dengan lidah dan mengamalkan segala perbuatan,perkataan, dan tingkah laku baginda dengan anggota.Manakala mualaf pula saudara baru yang telah memeluk islam setelah melazkan syahadah dan bersumpah untuk mentauhidkan ALLAH sebagai pencipta.Firman ALLAH ,ALLAH tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hambanya sendiri yang mengubahnya.Hal ini jelas terbukti dalam kisah-kisah pengislaman saudara-saudara baru dalam islam.Mereka telah berusaha untuk memperbaiki diri mereka agar tidak terbelenggu dalam kesesatan yang nyata hingga ke akhir hayat mereka dengan memeluk agama ALLAH,iaitu islam berkat hidayah dan petunjuk ALLAH yang telah membuka pintu hati mereka dengan nur islam.Begitulah juga dengan kisah pengislaman Muhammad Adam Chew Bin Abdullah yang telah memeluk islam selama 6 tahun.





===============================================================
HURAIAN
===============================================================



Muhammad Adam Bin Abdullah merupakan salah seorang saudara baru islam.Beliau telah memeluk islam selama enam tahun Beliau merupakan penganut agama buddha yang berbangsa cina sejak dilahirkan.Beliau tinggal 22-9-4,lorong hijau lapan 11600 georgetown  Pulau Pinang.Beliau kini bekerja sebagai promoter di salah sebuah pasaraya di pulau pinang.Beliau berusia dalam lingkungan 30-an.Beliau merupakan anak kedua daripada  dua orang adik beradik.Beliau merupakan anak pertama dan merupakan orang pertama yang memeluk agama islam dalam keluarganya.Harapan kedua-dua ibu bapanya terhadap Adam adalah sangat besar dengan harapan agar beliau dapat meneruskan waris generasi keluarga .


Beliau telah memeluk islam secara sembunyi-sembunyi kerana yakin bahawa ahli keluarganya tidak akan dapat menerima tindakan beliau untuk terus memeluk islam.Jika beliau memberitahu ahli keluarga beliau terlebih dahulu sudah tentu beliau akan mendapat tentangan yang hebat dari seluruh ahli keluarga dan sahabat handai kerana sudah tentu mereka tidak mahu Adam menganut islam ,ini akan mewujudkan halangan dan jurang di antara Adam dan orang disekelilingnya.Oloh itu. Adam telah memilih untuk merahsiakan kemasukannya sebagai saudara baru islam selama lebih kurang 2 tahun tanpa pengetahuan ahali keluarganya.Semasa hendak memeluk islam beliau telah berusaha untuk meminta tolong segelintir muslim yang beliau kenali untuk membantunya memeluk islam namun usaha beliau gagal kerana mereka semua berpendapat bahawa beliau tidak serius dan ingin mempersendakan ajaran islam.Mereka tidak membantu beliau sebaliknya menjauhkan diri dari beliau.


Namun demikian,hidayah dan rahmat ALLAH tidak pernah putus terhadap diri beliau.Walaupun usah pertama beliau tidak berjaya .beliau tidak pernah putus asa .Pada suatu hari,beliau telah meminta pertolongan salah seorang daripada pelanggannya yang telah datang untuk membeli barang dengan bertanya tentang cara hidup islam  dan cara untuk menganuti agama islam.Berkat kekuasaan ALLAH,insan tadi telah sudi membantu beliau untuk membawa beliau pada ajaran islam dan insan itu kini bergelar abang angkat beliau yang bukan sahaja membantu beliau ketika beliau hendak memeluk islam tetapi turut menjadi orang yang membantu beliau setelah memeluk islam dan merupakan rujukan beliau sehinga kini.Akhirnya ,beliau telah berjaya memeluk islam dan menjadi saudara baru dalam islam.



Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya .Begitulah dengan kisah yang membawa kepada pengislaman Muhammad Adam.Beliau telah tertarik untuk memeluk islam kerana telah tertarik mendengar laungan azan magrib pada suatu hari ketika beliau berada berhampiran dengan sebuah masjid dan berusaha untuk mendekati tempat itu.Selama ini beliau hanya tahu bahawa laungan azan yang didengarinya itu adalah bertujuan untuk memanggil umat islam untuk beribadat kepada tuhan.Namun demikian,ALLAH telah mencampakkan perasaan ingin tahu ke dalam hati Adam,menyebabkan beliau berasa tertarik untuk mengetahui makna laungan azan tersebut,sehinggakan beliau telah bertanya kepada salah seorang daripada sahabatnya yang bergelar muslim sewaktu beliau sedang berusaha untuk menganuti agama islam.Beliau telah diberitahu oleh kawannya tentang maksud azan tadi yang menyuruh umat islam untuk menuju kejayaan dan mentauhidkan ALLAH sebagai pencipta.Lantas, hatinya berbisik bahawa inilah ajaran dan cahaya yang dicarinya selama ini.Beliau berasa sangat bersyukur  kerana telah mendapat hidayah dan petunjuk ALLAH untuk menjadi penganut agama yang unik dan indah ini


Ombak dan badai tidak dapat dipisahkan .Begitu jugalah dengan kehidupan manusia yang tidak dapat dipisahkan dengan dugaan dan cabaran.Beliau kembali diduga oleh ALLAH setelah memeluk islam.Rahsia kemasukan beliau ke dalam islam kini telah mula diketahui setelah ibu beliau menjumpai kad yang menyatakan beliau telah masuk islam.Ibu beliau berasa sangat terkejut dan sedih apabila mendapat tahu beliau telah memeluk islam setelah begitu lama dan setelah sekian lama barulah ibu beliau mengetahui isu itu.Setelah itu seluruh ahli keluarga dan rakan -rakan beliau telah menjauhkan diri dari beliau.Namun demikian ,kasih sayang ibu bapa terhadap anak -anaknya tidaka akan pernah kurang,beliau akhirnya telah dapat diterima kembali oleh ahli keluarganya setelah hampir 4 tahun dipulaukan.Penerimaan adiknya yang sangat buruk terhadap dirinya setelah beliau memeluk islam juga telah berubah setelah seluruh keluarga dapat menerima pengisalaman beliau.Penerimaan rakan-rakan terhadap dirinya boleh dikatakan adalah lebih baik kini walaupun tidak sama seperti sebelum beliau memeluk islam.Namun demikian ,masih terdapat  beberapa orang rakan yang tidak dapat menerima Adam setelah memeluk islam dengan menjauhkan diri darinya kerana dia memeluk islam. Beliau tidak marah sebaliknya sentiasa bersabar dengan apa yang dialaminya .Beliau sentiasa  berasa bersyukur kerana dapat memeluk islam.Hal ini terbukti apabila beliau tidak pernah berhenti untuk berusaha mendalami ilmu agama tentang islam.


Misalnya.beliau telah menyuruh abang angkatnya untuk mengajarnya untuk menunaikan solat dan beberapa perkara wajib yang lain seperti mengucap dua kalimah syahadah ,berpuasa pada bulan ramadan,mengeluarkan zakat, dan beliau sendiri ada menyimpan niat untuk menunaikan haji dan umrah pada suatu ketika nanti.Beliau kini masih dalam proses untuk mempelajari untuk membaca muqaddam dan al-quran.Beliau juga telah dapat membezakan banyak perkara setelah memeluk islam misalnya tentang penyucian hadas yang jauh berbeza dengan amalannya sebelum ini.Beliau telah diajar untuk solat dan ilmu tentang islam oleh orang yang telah membawa beliau masuk islam.Beliau juga telah mendapat bantuan daripada  Jabatan Agama Islam  negeri pulau pinang  yang telah membantu beliau untuk lebih mendalami ajaran islam.Beliau juga telah menyertai kursus motivasi diri  yang telah dianjurkan oleh JAKIM,Melalui program tersebut beliau telah dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti sabar,bertimbang rasa,kasih sayang.bersatu -padu dan lain-lain lagi.



Beliau juga telah berkahwin  dengan seorang perempuan muslim.Beliau kini mendapat sokongan bukan sahaja daripada orang disekeliling beliau ,ahli keluarga ,rakan-rakan seagama dan isteri tersayang.Beliau mengakui lebih mendalami tentang islam dan mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan selapas berkahwin.Isteri beliau turut memberi bimbingan kepada Adam.Beliau telah mengetahui hukum-hukum perkahwinan dalam islam dan mengamalkannya agar kehidupan beliau suami isteri akan berkekalan.Beliau juga akan berusaha untuk menjadi suami dan ayah yang baik kelak.Beliau akan terus memperbaiki diri dengan mengamalkan cara hidup islam .Beliau telah diterima oleh keluaraga isteri dengan baik dan begitu juga lah dengan penerimaan keluarga Adam terhadap isterinya.Setelah berkahwin kini beliau tinggal dengan keluarga sendiri dan akan berpindah kelak.Ini bertujuan untuk mengambil hati keluarga ,mewujudkan kemesraan dan persefahaman antara ahli keluarga.


Beliau juga telah melibatkan diri dalam Persatuan Cina Muslim dengan menjadi ahli biasa.Beliau mengakui tidak  mendapat banyak manfaat dari persatuan ini kerana tidak bergiat secara aktif kerana terlalu sibuk dengan kerja seharian.Beliau bercadang untuk bergiat aktif dari semasa ke semasa .Misalnya,sempena  sambutan Tahun Baru Cina yang lalu .persatuan ini telah mengadakan jamuan makan antara mualaf bukan sahaja cina muslim sahaja tetapi indian muslim dan umat islam yang lain.Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhwah sesama umat islam dan mewujudkan persefahaman.Beliau juga telah mengambil kesempatan ini untuk hadir dalam program tersebut.beliau berasa sangat gembira kerana mendapat bimbingan dan sokongan untuk terus menjadi umat islam dan menganuti agama islam.






=============================================================
HARAPAN
=============================================================



Setelah memeluk islam .Adam berharap  dapat mempelajari lebih banyak tentang ajaran islam.Beliau juga berharap mendapat penerimaan  yang baik daripada masyarakat pada masa akan datang di samping itu ,beliau juga berharap agar umat islam dapat mrmberi penerimaan yang baik terhadap saudara  baru islam yang lain selainnya pada masa akan datang.Beliau juga berharap agar akan mendapat bimbingan dan sokongan dari umat islam terhadap dirinya dan juga saudara-saudara islam yang lain.

Sebagai bakal bapa,beliau juga akan berusaha untuk membimbing anak-anaknya agar mendapat pendidikan tentang ajaran islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka seharian agar mereka tidak menjadi seperti beliau.Ini merupakan antara azam Adam pada masa akan datang.Beliau juga berhasrat agar terus dapat menyebarkan dakwah kepada ahli keluarganya akan dapat membawa keluarganya agar memeluk islam dengan menunjukkan keindahan dan keistimewaan islam.Semoga hajat dan hasrat murni beliau ini akan berjaya .Muhammad Adam mempunyai pendapat peribadinya yang tersendiri tentang islam ,setelah memeluk islam beliau mendapati bahawa hidup beliau lebih tenang dan dapat merasakan kehidupan yang berbeza kerana merasakan adanya peraturan dalam kehidupan,al-quran dan hadith  menjadi pegangan.Beliau juga mula sedar dan dapat memupuk tahap kesabaran dalam diri kini.Beliau berharap agar akan meninggal dunia dalam keadaan beliau lebih mengenali ALLAH.


Sebagai umat islam,saya juga berharap agar lebih ramai lagi saudara-saudara baru yang akan turut menjadi rakan seagama pada masa akan datang .Selain itu,saya juga berharap seluruh umat islam akan sentiasa memberi tunjuk ajar,bimbingan dan sokongan kepada muallaf supaya mereka tidak merasa terpinggir dan terpulau,dan semoga mereka akan terus berada di jalan ALLAH.Harus diingatkan dan difikirkan bahawa jika kita tidak membantu salah satu daripada golongan asnaf ini,siapakah lagi yang akan membantu mereka.Islam itu agama yang indah,suci, dan sentiasa mengajak ke arah kebaikan serta menjauhi segala kemungkaran.Dari itu,sebagai umat islam marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai nikmat islam kurniaan ALLAH  dengan mengamalkan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya agar hidup kita mendapat keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



===========================================================
PENUTUP
===========================================================



Kesimpulannya,dapat disimpulkan bahawa islam adalah agama yang indah,suci,bersifat universal dan syumul.Islam juga merupakan agama fitrah manujsia yang sesuai untuk seluruh manusia.ALLAH telah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi,dari itu ALLAH telah men gurniakan nkimat akal dan kesihatan tubuh badan agar kita dapat beriman kepada ALLAH sebagai penakhluk seluruh alam


Sememangnya ,manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan.Oleh itu ,kasih sayang dan rahmat ALLAH tidak pernah putus terhadap hambanya,cuma acapkali diri ini terpana pada pujukan dan kepalsuan duniawi,rahmat dan petunjuk ALLAH telah menyebabkan ramai manusia yang dahulunya pernah mensyirikkan ALLAH ,kini menjadi penganut baru agama ciptaan ALLAH yang indah ini.Semoga ALLAH akan sentiasa membuka pintu hati mereka yang dahulunya mensyirikkan ALLAH untuk mentauhidkan ALLAH .Semoga kita akan mendapat hidayah dan petunjuk ALLAH dalam kehidupan seharian






=============================================================
RUJUKAN
=============================================================



Ribuan terima kasih dan penghargaan terhadap :




SUMBER UTAMA :



MUHAMMAD ADAM CHEW BIN ABDULLAH  DAN ISTERI SERTA AHLI KELUARGA




SEKIAN ,TERIMA KASIH







                                                                  -TAMAT-